Thursday, January 6, 2022

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

 Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam populasi manusia tertentu. Menurut Schaefer(2017), sosiologi adalah kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia; dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah. Dalam topik ini kita akan selidiki mengenai sosiologi terhadap pendidikan.


Dalam topik ini kita akan mempelajari 3 teori utama yang terdapat dalam sosiologi dan pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme.

 

Teori fungsionalisme merupakan satu proses mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Dalam teori ini masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri mengikut tujuan dan keperluan tertentu. Terdapat tiga contoh fungsi yang dimainkan oleh bidang pendidikan iaitu sosialisasi-pelajari kemahiran yang sesuai untuk berfungsi dalam masyarakat, integrasi sosial-pelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi, penempatan sosial-pelajar diajar ikut tahap kecerdasan untuk keperluan hidup kelak.

 

Seterusnya, teori konflik. Teori ini menganalisis konflik - konflik dalam masyarakat yang menyebabkan berlakunya konflik dalam struktur masyarakat. Teori ini lebih kepada mengkritik kapitalisme. Melalui teori ini masyarakat lebih banyak mempersoalkan sama ada atruktur - struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat atau sebaliknya. Teori ini juga turut menyebabkan implikasi kepada bidang pendidikan contohnya wujudnya  ketidaksamaan sosial (social inequality) dalam masyarakat.

 

Teori terakhir mengenai topik ini ialah teori interaksionisme. Teori ini adalah teori membenarkan manusia memilih cara mereka mentafsir sesuatu dan bertindak mengikut kehendak setiap orang dalam masyarakat. Penyelidikan makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan memahami cara menggunakan perkara simbolik dalam komunikasi interpersonal. Teori tersebut menekankan kepentingan memahami perlambangan berdasarkan konteks penggunaannya. Seperti yang kita lihat interaksi pada masa ini dan penggunaan simbolisme dalam sesuatu, hubungan menjadi lebih mesra perhubungan. Makna simbolik ini boleh dirundingkan antara satu sama lain satu sama lain. Interaksi pada masa ini amat penting kerana melalui interaksilah kita boleh berhubung dengan negara luar serta berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antara mereka.

 

KESIMPULAN

Melalui topik ini, kita dapat memahami 3 teori iaitu teori utama sosiologi dan pendidikan di negara ini. Mengikut pembacaan dan pemahaman saya, terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori ini. Selepas perbandingan yang didapati persoalan yang timbul mengenai apakah matlamat pilihan ahli fungsionalisme dan konflik untuk menyatukan masyarakat dan bagaimana perubahan sosial berlaku.


RUJUKAN:

(n.d.). eImtiyaz. https://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pdf

Sosiologi Dan Pengurusan Pembelajaran. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/89431735/Sosiologi-Dan-Pengurusan-Pembelajaran

(n.d.). - UKM Journal Article Repository. https://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf


No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...