Thursday, January 6, 2022

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

 


Menurut Kellerman (1984) kepimpinan ialah satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain. Definisi organisasi pula satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Dalam bab ini kita akan melihat kepada gaya-gaya kepimpinan yang terdapat dalam proses pendidikan negara kita. Empat gaya kepimpanan itu adalah gaya autokratik, demokratif, laissez-faire dan kontigensi

 

Terdapat 4 jenis gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi. Gaya autokratik ini ialah seperti guru mengamalkan interaksi sehala. Dalam konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc. Pengetua hanya memberi arahan dan guru hanya mendengar dan menurut sahaja. Kepimpinan autokratik ini dapat ditunjuk melalui guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan cadangan, sikap pengetua yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. Hal ini akan menyebabkan hubungan dua hala antara pengetua dan pihak guru akan menjadi dingin dan menyebabkan motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan dan guru akan menjadi terlalu bergantung kepada pengetua. Ini juga akan melahirkan mereka yang sekadar patuh sahaja dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea.

 

Seterusnya ialah gaya demokratik. Gaya ini melibatkan berlakunya interaksi dua hala. Dalam situasi di sekolah pula, pengetua akan berbincang, menerima dan akan memberi pandangan dan sekiranya tidak mendapat kata putus, sesuatu perkara itu diputuskan melalui suara majoriti. Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan dan akan menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Ini juga menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea. Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berlangsung dengan tenang dan gembira dan guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang kerana menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra.

 

Di samping itu, gaya Laissez- Faire ini juga antara salah satu gaya kepimpinan. Gaya ini bertentangan dengan autokratik. Laissez-Faire ini bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Pemimpin juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti. Sebagai contoh, pengetua akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada guru dalam membuat keputusan dan pengetua tidak akan membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh guru dan staf sokongan. Pengetua juga tidak ada menentukan tugas dan tanggungjawab ahli serta tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru dan pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan ada kalanya guru akan bertindak sebagai ketua.

 

Akhir sekali ialah gaya kontigensi. Gaya ini berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah menyebabkan kepimpinan mengikut situasi iaitu tidak tetap. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur kuasa dan posisi kuasa.

 

KESIMPULAN

Kemimpinan merupakan salah satu sikap yang penting dalam sesebuah organisasi sama ada kecil atau besar. Melalui kepimpinan ini, kita dapat melihat bagaimana seseorang itu mentadbir atau mengetuai sesebuah organisasi dalam membentuk sesebuah organisasi yang cemerlang dan terbaik.

 

RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

(n.d.). EJOURNAL. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/31197/13335/72849

(n.d.). Laman Utama - Portal Rasmi Institut Aminuddin Baki. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/IAB-Jurnal%20Pengurusan%20Jilid%2030_Bil%202.pdf

No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...