Pada permulaan topik ini, kita akan memahami konsep dan teori sosialisasi, jenis-jenis sosialisasi dan faktor-faktor yang mengelilingi sosialisasi secara umum. Seterusnya kita akan lihat proses sosialisasi dan siapakah agen sosialisasi dalam topik ini. Pada akhir pelajaran ini, kita akan memahami beberapa jenis interaksi yang digunakan dalam pembelajaran serta maksud stratifikasi dan penganiayaan simbolik.
Secara umumnya konsep sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ini adalah Satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan nilai dalam keluarga atau budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa manusia, semakin banyak yang dipelajari hasil dari interaksi. Di dalam konsep sosialisasi ini terdapat 3 jenis sosialisasi yang utama iaitu sosialisasi primer, sosialisasi sekunder dan sosialisasi resosialisasi.
Sosialisasi primer berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa atau ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa
Sosialisasi sekunder adalah satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga) menceritakan bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton atau dibaca, sekolah, gender, dan kelas sosial. Individu itu sendiri akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya.
Resosialisasi pula proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa samaada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan sebagainya.
Interaksi dalam bilik darjah memerlukan interaksi yang saling tindakan yang berlaku antara sekurangkurangnya dua pihak. Pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa proses PdPc supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran. Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial (Shahabuddin et, al, 2007).
Bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu interaksi satu hala dimana seorang ketua dilantik bagi melicinkan aktiviti berkumpulan atau tugasan yang diberikan. Interaksi yang kedua adalah interaksi dua hala dimana interaksi ini berlaku antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli yang lain dan yang akhir sekali interaksi dua hala antara kumpulan iaitu beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam beberapa kumpulan besar.
Akhir sekali, penganiayaan simbolik dimana ianya merupakan ciri yang mempunyai hubungkait dengan ‘habitus’ dan ‘modal budaya’. penganiayaan ialah satu perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan manakala simbolik ialah berkaitan dengan lambang. Kebiasaannya yang menjadi mangsa penganiayaan simbolik adalah kelas atau kumpulan rendah kerana kekurangan modal budaya
KESIMPULAN
Pendek kata, setiap guru di negara ini perlu menitikberatkan aspek penting dalam membentuk kumpulan agar setiap ahli dapat bekerjasama. Dalam pembentukan sesebuah kumpulan, guru hendaklah memastikan ahli kumpulan datang daripada latar belakang yang berbeza bagi mengelak daripada ditindas.
RUJUKAN:
(n.d.). EJOURNAL. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/download/7945/5464/16702
Interaksi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu | Jamian | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. (n.d.). www.ukm.my. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/58
Kesesuaian persekitaran pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar Dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar biologi. (n.d.). ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESESUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_GURU-PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELESAAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_BIOLOGI
No comments:
Post a Comment