Thursday, January 6, 2022

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

 


PENGENALAN

Secara umumnya, konsep pengajaran ialah merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran akan banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.



Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. 

Tujuan merancang suatu Pengajaran ialah: 

  • memenuhi masa yang diperuntukan 
  • menepati kehendak objektif/matlamat 
  •  berkesan sepanjang waktu pengajaran 
  • menarik perhatian dan tidak membosankan
OBJEKTIF IMPLISIT (UMUM/AM) adalah objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi pelajaran dengan menggunakan kata kerja bagi menerangkan pencapaian murid yang dihasratkan dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Kata kerja domain kognitif adalah seperti mengetahui, memahami, mentafsir, menggunakan/mengaplikasi, menyelesaikan masalah, bertutur, berucap, menulis, merancang dan menilai.

OBJEKTIF EKSPLISIT (KHUSUS/KHAS) adalah objektif pengajaran yang dinyatakan secara khusus, berbentuk eksplisit. Objektif ini memperincikan objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian. Kata kerja domain kognitif adalah seperti melabel, mendefinisi, menyenarai, menerang, memberi contoh, mengira, menggunakan, membandingkan, memilih, mengelaskan, merumus, mengkritik, menyokong.

PELAKSANAAN P&P
  • Set induksi merupakan langkah permulaan dalam proses P&P. Guru perlulah merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Sebagai contoh mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Pelbagai teknik dapat diterapkan seperti sesi soal jawab, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.
  • Penyampaian isi (perkembangan) dimana guru akan menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitan dengan objektif yang dicatatkan
  • Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Dua jenis kesimpulan untuk menamatkan pengajaran iaitu kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial. 
KESIMPULAN:

Pengurusan alam pembelajaran perlu dititikberatkan oleh para guru supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Hal ini demikian adalah supaya guru dapat menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran berdasarkan kepada kelebihan dan keupayaan murid.


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

Bab 14 pengurusan Alam pembelajaran (1). (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-14-pengurusan-alam-pembelajaran-1

Home. (n.d.). Mysite. https://nazahatulaima99.wixsite.com/kps3014



 



No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...