Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Dalam topik ini kita akan mempelajari bagaimana seorang guru itu memastikan bahawa data pelajarnya disimpan di tempat yang betul dan sentiasa dikemaskini. Konsep - konsep kesediaan pelajar. Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar serta masalah perbezaan kesediaan belajar dan cara memotivasikan pelajar.
Dalam topik pengurusan murid, kita dapat melihat 3 aspek didalamnya iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.
Pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu nadi yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu disakukan dalam buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kedua, pengurusan rekod ini dapat memudahkan murid-murid mempelajari apa yang diajar. Dalam hal ini guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Tugas ini menjadi kewajipan kepada semua guru tidak kira guru berpengalaman, guru cemerlang mahupun guru pakar. Hal ini kerana guru perlu bersedia lebih awal agar pencapaian kefahaman murid dapat mencapai tahap maksimum.
Selain itu, kesediaan murid belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar.
Di samping itu, memotivasikan murid. Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
KESIMPULAN
Pengurusan murid sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti serta mampu berfikir dengan matang. Oleh itu, pengurursan murid ini amatlah penting dan perlu diberikan perhatian.
RUJUKAN:
(n.d.). DePaul University | DePaul University, Chicago. https://condor.depaul.edu/mdintzne/171-02*sample%20lab.pdf
Kajian pengurusan murid. (n.d.). PENGURUSAN PEMBELAJARAN --- KPS. https://toabrightereducation.blogspot.com/2018/11/kajian-pengurusan-murid.html
No comments:
Post a Comment