Thursday, January 6, 2022

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

 

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Pengurusan bilik darjah adalah salah satu elemen penting yang harus diambil kira sebelum memulakan sesi pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memiliki 5 aspek penting yang harus difokuskan. Aspek pertama adalah aktiviti pengajaran berkumpulan dimana kaedah pengajaran ini memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat dan murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan yang sama kebolehan atau berbeza kebolehan.

 

Aspek yang kedua adalah aktiviti pengajaran individu dimana setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasaan, kebolehan, bakat, cita - cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini.

 

Aspek ketiga ialah pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran adalah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Fungsi pusat pembelajaran adalah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidal formal.

 

Aspek seterusnya adalah penyediaan bahan. Bahan pengajaran adalah merangkumi apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran. Kebiasaannya digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.

Aspek terakhir sekali adalah pengurusan sumber dimana ianya satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.

 

KESIMPULAN

Pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/31564/1/HasfarinaAbasMFP2012.pdf

(n.d.). Welcome to IIUM Repository (IRep) - IIUM Repository (IRep). https://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

(n.d.). Welcome to Repository@USM - USM Research and Publication. https://eprints.usm.my/49144/1/LiNuSR-%20JuPiDi%20-%20ANNILIZA%20%28APRIL%202021%29.pdf

 

No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...