Secara umumnya konsep bimbingan ialah konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Dalam topik ini kita akan melihat komponen pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, mentoring dan penasihatan.
Dalam proses bimbingan dan penasihatan terdapat lima fasa, pertama ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Guru perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.
Fasa kedua ialah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Antara kemahiran-kemahiran yang terlibat adalah kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan kemahiran mendengar, kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal), kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.
Fasa ketiga ialah proses mengenali pelajar. Pelajar yang memerlukan bimbingan ini terbahagi kepada tiga. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.
Fasa keempat ialah proses membimbing pelajar. Pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.
Fasa yang terakhir ialah analisis penilaian dimana fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan yang dilaksanakan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
Mentoring ialah proses membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000). Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan profesional.
Penasihatan menurut Zuraidah (1994) memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ciri-ciri penasihatan terbahagi kepada tiga iaitu berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan dan akhir sekali memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pendidik perlu bijak memainkan peranan dalam melaksanakan tugas di sekolah dimana para pendidik perlu fleksibel menukar peranan daripada mengajar kepada membimbing dan menasihatkan kaunseling. Usaha ini penting untuk memastikan pelajar di sekolah terkawal, bebas daripada masalah spt stres dan kemurungan yang boleh mengundang hal tidak diingini.
RUJUKAN:
Pengurusan Penasihatan Murid. (2017, January 22). dokumen.tips. https://dokumen.tips/education/pengurusan-penasihatan-murid-58b8947d4c309.html
A. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/89003621/a
(n.d.). MyGuru | UPSI Learning Management System. https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20
No comments:
Post a Comment