Thursday, January 6, 2022

TOPIK 9: PENGURUSAN DISPLIN MURID

 Secara umumnya, displin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Ini juga merujuk kepada kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.


Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme. Bagi teori fungsionalisme ia menganggap devian sebagai kegagalan pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid yang tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. Manakala teori konflik menganggap devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas pelajar atau sekumpulan pelajar yang menentang dominasi pihak berkuasa. Teori interaksionisme pula, devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

 

Antara sebab berlakunya devian ialah guru gagal berperanan dalam bilik darjah, sikap guru yang tidak menghormati murid, ketidakadilan guru dalam penguatkuasaan peraturan, guru yang suka-suka atau bergurau serta menyalahkan sistem sekolah.

 

Jenis-jenis devian ialah devian inovasi. Devian ini mencapai matlamat yang diingini dengan cara yang salah. Misalnya pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Selain itu, devian ritual ialah tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan apabila menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai matamat ditetapkan. Misalnya pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

 

Seterusnya, devian undur apabila seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Misalnya pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali, devian menentang iaitu menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain yang dapat memenuhi kehendak mereka seperti melibatkan diri dengan gengsterism.

 

Dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturan Displin 1959, guru besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas displin sekolah dan mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Terdapat 5 peraturan penting dalam peraturan-peraturan pelajaran (displin sekolah) 1959 iaitu perwakilan kuasa oleh guru besar, kuasa guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah, rayuan, catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah dan syarat masuk balik sekolah.

 

KESIMPULAN

Pengurusan displin pelajar amatlah penting dalam membentuk para pelajar dari segi rohani, fizikal dan mental mereka. Guru displin di sekolah haruslah memainkan peranan dengan menjadi seorang yang tegas dalam mendidik mereka. Hal ini kerana kita cuba untuk mendidik mereka dan pelajar sekeliling bukannya kita menghukum kerana suka-suka. Seterusnya, setiap guru disiplin perlulah memastikan tindakan hukuman yang dikenakan itu mengikut peraturan menghukum yang telah berada di dalam surat pekeliling agar hukuman yang dikenakan berbaloi dengan kesalahan yang mereka lakukan.


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/41951/5/LamLeeMeinMFP2013.pdf

(n.d.). AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal. https://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/download/39/33/

Pengurusan disiplin murid Di sekolah kawasan bandar Dan luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. (n.d.). Institutions and Economies. https://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282

No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...