Dalam konteks pengurusan murid pelbagai upaya, pemulihan adalah satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Tujuan pembelajaran pemulihan adalah untuk mengelakkan golongan pelbagai upaya ini merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
Pengayaan adalah aktiviti melibatkan murid-murid berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas yang dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Ini bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
Pendidikan pintar cerdas adalah bagi pelajar yang menunjukkan bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain (Ross, 1993). Pendidikan autisme bagi pelajar yang mengalami kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Pendidikan disleksia bagi pelajar yang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Pendidikan disleksia ialah pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai dengan menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia.
Kecerdasan logik-matematik ialah bagi pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kecerdasan verbal-linguistik bagi pelajar mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan serta mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Kecerdasan muzik bagi pelajar yang mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang selari dengan kecerdasan bahasa.
Kecerdasan kinestetik badan bagi pelajar yang mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi serta bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal.
Kecerdasan Interpersonal ialah berkebolehan dalam komunikasi dan interaksi dengan baik. Berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain serta mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Kecerdasan Intrapersonal ialah mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Mampu menentukan hala tuju hidup serta sangat berdisiplin serta mampu berdikari serta suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
Kecerdasan Ruang Visual ialah memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat.
Kecerdasan Naturalis ialah berkebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka serta sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.
Kecerdasan Eksistensialis ini mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka serta cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilainilai moden yang berkembang pada masa kini.
KESIMPULAN
Secara umumnya, pelajar dari semua kebolehan memerlukan bimbingan pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik, dan peluang yang sesuai untuk mereka merealisasikan potensi mereka. Namun begitu, kanak-kanak pintar tidak boleh dipisahkan daripada kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh menyebabkan mereka terasing secara sosial. Guru tidak seharusnya memihak kepada perkhidmatan dan pengajaran pelajar di sekolah. Sikap ini akan menyebabkan segelintir pelajar berasa tersisih, malah tingkah laku ini juga akan mencemarkan imej profesion perguruan.
RUJUKAN:
Tajuk: Pengurusan Pelajar Pelbagai Upaya. (n.d.). Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/34922064/Tajuk_Pengurusan_Pelajar_Pelbagai_Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/195687005/Pengurusan-Murid-Pelbagai-Upaya-Kumpulan-H
No comments:
Post a Comment