Konsep sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran adalah bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan.
Antara kepentingan sumber pembelajaran iaitu dapat meransang minat pelajar, menyediakan pengalaman sebenar, melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan dan lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Konsep pusat sumber sekolah adalah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan membolehkan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran.
Antara fungsi pusat sumber sekolah adalah sebagai pusat profesional. Contohnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan. Selain itu, sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti. Contohnya mengadakan satu pertandingan nilam dan sebagainya untuk para pelajar, Seterusnya, mengisi masa lapang. Contohnya para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran. Akhir sekali sebagai pusat kegiatan belajar dan mengajar. Contohnya para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.
RUJUKAN:
https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf
Sumber Maklumat Dan Pengurusan Sumber. (n.d.). Beranda. https://text-id.123dok.com/document/zpdjd4vz-sumber-maklumat-dan-pengurusan-sumber.html
No comments:
Post a Comment