Thursday, January 6, 2022

TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 


Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Dalam tajuk ini kita mempelajari mengenai unsur unsur fizikal sesebuah bilik darjah pada masa dahulu dan sekarang. Perbezaan kedua - dua unsur fizikal. Seterusnya jenis - jenis interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.

 

Konsep bilik darjah dahulu adalah lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan memdengar ajaran guru sudah dianggap satu bilik darjah. Surau atau pondon tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Pada masa sekarang sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dianggap sebagai bilik darjah. Terdapat empat jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas (KBSM) dan bilik darjah terbuka. Penyusunan sesuatu keadaan dalam bilik darjah adalah amat penting dalam situasi pembelajaran kerana keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.

 

Bagi konsep interaksi dalam bilik drajah adalah proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang - kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Konsep bilik darjah ialah tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jenis interaksi bercorak lisan adalah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dengan murid, interkasi dua hala antara murid dengan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan yang terakhir sekali interaksi berkomputer.

Akhir sekali untuk iklim bilik darjah, suasana yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal dimana ia melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Ia menggalak atau menghalang P&P. guru berperanan menentukan suasana fizikal dan perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang serta penggunaan ABM, APD, kerusi, meja dan sebagainya. Suasana kedua adalah suasana sosial dimana guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri adalah teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Akhir sekali, suasana emosi dimana ianya lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial. Ianya adalah gabungan pelbagai perkara iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, sikap & ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan dan kepimpinan & kaedah mengajar

 

KESIMPULAN

Pendek kata, strategi pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan tiga aspek penting, seperti elemen fizikal, interaksi dan suasana bilik darjah. Selain itu, peranan guru adalah penting untuk memastikan proses tersebut Pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan kandungan Pembelajaran yang ingin disampaikan.


RUJUKAN:

Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. (2019, November 18). Amyth. https://ilhamizulkfli.wixsite.com/website-2/post/strategi-pengurusan-bilik-pembelajaran

(n.d.). Welcome to IIUM Repository (IRep) - IIUM Repository (IRep). https://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

 

No comments:

Post a Comment

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...