Thursday, January 6, 2022

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

 Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam populasi manusia tertentu. Menurut Schaefer(2017), sosiologi adalah kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia; dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah. Dalam topik ini kita akan selidiki mengenai sosiologi terhadap pendidikan.


Dalam topik ini kita akan mempelajari 3 teori utama yang terdapat dalam sosiologi dan pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme.

 

Teori fungsionalisme merupakan satu proses mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Dalam teori ini masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri mengikut tujuan dan keperluan tertentu. Terdapat tiga contoh fungsi yang dimainkan oleh bidang pendidikan iaitu sosialisasi-pelajari kemahiran yang sesuai untuk berfungsi dalam masyarakat, integrasi sosial-pelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi, penempatan sosial-pelajar diajar ikut tahap kecerdasan untuk keperluan hidup kelak.

 

Seterusnya, teori konflik. Teori ini menganalisis konflik - konflik dalam masyarakat yang menyebabkan berlakunya konflik dalam struktur masyarakat. Teori ini lebih kepada mengkritik kapitalisme. Melalui teori ini masyarakat lebih banyak mempersoalkan sama ada atruktur - struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat atau sebaliknya. Teori ini juga turut menyebabkan implikasi kepada bidang pendidikan contohnya wujudnya  ketidaksamaan sosial (social inequality) dalam masyarakat.

 

Teori terakhir mengenai topik ini ialah teori interaksionisme. Teori ini adalah teori membenarkan manusia memilih cara mereka mentafsir sesuatu dan bertindak mengikut kehendak setiap orang dalam masyarakat. Penyelidikan makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan memahami cara menggunakan perkara simbolik dalam komunikasi interpersonal. Teori tersebut menekankan kepentingan memahami perlambangan berdasarkan konteks penggunaannya. Seperti yang kita lihat interaksi pada masa ini dan penggunaan simbolisme dalam sesuatu, hubungan menjadi lebih mesra perhubungan. Makna simbolik ini boleh dirundingkan antara satu sama lain satu sama lain. Interaksi pada masa ini amat penting kerana melalui interaksilah kita boleh berhubung dengan negara luar serta berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antara mereka.

 

KESIMPULAN

Melalui topik ini, kita dapat memahami 3 teori iaitu teori utama sosiologi dan pendidikan di negara ini. Mengikut pembacaan dan pemahaman saya, terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori ini. Selepas perbandingan yang didapati persoalan yang timbul mengenai apakah matlamat pilihan ahli fungsionalisme dan konflik untuk menyatukan masyarakat dan bagaimana perubahan sosial berlaku.


RUJUKAN:

(n.d.). eImtiyaz. https://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pdf

Sosiologi Dan Pengurusan Pembelajaran. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/89431735/Sosiologi-Dan-Pengurusan-Pembelajaran

(n.d.). - UKM Journal Article Repository. https://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf


TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

 


Pada permulaan topik ini, kita akan memahami konsep dan teori sosialisasi, jenis-jenis sosialisasi dan faktor-faktor yang mengelilingi sosialisasi secara umum. Seterusnya kita akan lihat proses sosialisasi dan siapakah agen sosialisasi dalam topik ini. Pada akhir pelajaran ini, kita akan memahami beberapa jenis interaksi yang digunakan dalam pembelajaran serta maksud stratifikasi dan penganiayaan simbolik.


Secara umumnya konsep sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ini adalah Satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan nilai dalam keluarga atau budaya. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa manusia, semakin banyak yang dipelajari hasil dari interaksi. Di dalam konsep sosialisasi ini terdapat 3 jenis sosialisasi yang utama iaitu sosialisasi primer, sosialisasi sekunder dan sosialisasi resosialisasi.

 

Sosialisasi primer berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa atau ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

 

Sosialisasi sekunder adalah satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga) menceritakan bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton atau dibaca, sekolah, gender, dan kelas sosial. Individu itu sendiri akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

 

Resosialisasi pula proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa samaada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan sebagainya.


Interaksi dalam bilik darjah memerlukan interaksi yang saling tindakan yang berlaku antara sekurangkurangnya dua pihak. Pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa proses PdPc supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran. Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial (Shahabuddin et, al, 2007).

 

Bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu interaksi satu hala dimana seorang ketua dilantik bagi melicinkan aktiviti berkumpulan atau tugasan yang diberikan. Interaksi yang kedua adalah interaksi dua hala dimana interaksi ini berlaku antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli yang lain dan yang akhir sekali interaksi dua hala antara kumpulan iaitu beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam beberapa kumpulan besar.

 

Akhir sekali, penganiayaan simbolik dimana ianya merupakan ciri yang mempunyai hubungkait dengan ‘habitus’ dan ‘modal budaya’. penganiayaan ialah satu perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan manakala simbolik ialah berkaitan dengan lambang. Kebiasaannya yang menjadi mangsa penganiayaan simbolik adalah kelas atau kumpulan rendah kerana kekurangan modal budaya

 

KESIMPULAN

Pendek kata, setiap guru di negara ini perlu menitikberatkan aspek penting dalam membentuk kumpulan agar setiap ahli dapat bekerjasama. Dalam pembentukan sesebuah kumpulan, guru hendaklah memastikan ahli kumpulan datang daripada latar belakang yang berbeza bagi mengelak daripada ditindas.


RUJUKAN:

(n.d.). EJOURNAL. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/download/7945/5464/16702

Interaksi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu | Jamian | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. (n.d.). www.ukm.my. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/58

Kesesuaian persekitaran pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar Dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar biologi. (n.d.). ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESESUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_GURU-PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELESAAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_BIOLOGI

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


 Definisi pengurusan adalah perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat (Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail,2005). Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal. Pembelajaran Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia. Di dalam topik ini kita akan mempelajari mengenai mengapakah pengurusan dan pembelajaran itu penting dalam bidang dan profesion kita, maksud konsep mengurus pembelajaran yang biasa dipakai dalam bidang kita, implikasi terhadap pelajar, guru, sekolah dan sebagainya, faktor mempengaruhi, langkah mengatasi serta cabaran, kekangan dan halangan


Terdapat tujuh prinsip pembelajaran dalam bidang ini iaitu kesediaan pembelajaran, maksimumkan pengalaman-pelbagai deria, latihan, suasana pembelajaran kondusif, penglibatan aktif, persediaan awal dan unsur dorongan. Strategi pengurusan pembelajaran pula terbahagi kepada tiga iaitu berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.

 

Strategi berpusatkan guru ialah guru yang akan menguasai proses pdpc dan mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Contohnya kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru.

Strategi berpusatkan pelajar ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti. Pnegajaran pula dapat dijalankan secara individu atau berkumpulan.

Strategi berpusatkan bahan ialah guru menggunakan bahan pembelajaran untuk menjalankan pengajarannya. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan dan guru akan berperanan sebagai pembimbing pelajar.

 

Faktor yang mempengaruhi kesedian belajar ialah dari segi kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran serta pengalaman. Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis pengetahuan berikut iaitu pelajar, pedagogi, kukikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan serta falsafah pendidikan di Malaysia. Setiap daripada kita akan mempunyai matlamat pembelajaran dimana pembelajaran boleh menjadi satu sistem, proses, penambahan ilmu dan mendidik.

 

Akhir sekali, prinsip pengajaran satu proses merancang pengajaran mengikut fasa dan turutan tertentu. Set induksi adalah aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian. Penyampian pula adalah apakah langkah seorang guru dan pelajar sesuai dengan masa dan bahan. Guru jugak perlu memperbanyak kepelbagaian teknik supaya pelajar mudah memahami apa yang diajar. Selain itu, penglibatan pelajar merupakan aspek penting dalam proses PdPc. Guru juga perlu mengambil kira perbezaan individu itu sendiri. Menggunakan pengalaman sedia ada jugak amat penting dalam proses PdPc

 

KESIMPULAN

Secara umumnya, guru sendiri perlu bersedia sepenuhnya untuk mempromosikan sesuatu Proses PdPc sekolah adalah kerana setiap kelas menerima murid secara berbeza. Kaedah pengajaran dipelbagaikan, kerana cara pelajar memperoleh ilmu adalah berbeza setiap hari mengikut minat mereka


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

(n.d.). Laman Utama - Portal Rasmi Institut Aminuddin Baki. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/IAB-Jurnal%20Pengurusan%20Jilid%2030_Bil%202.pdf

(n.d.). Welcome to UMK Repository - UMK Repository. https://umkeprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

 


Menurut Kellerman (1984) kepimpinan ialah satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain. Definisi organisasi pula satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Dalam bab ini kita akan melihat kepada gaya-gaya kepimpinan yang terdapat dalam proses pendidikan negara kita. Empat gaya kepimpanan itu adalah gaya autokratik, demokratif, laissez-faire dan kontigensi

 

Terdapat 4 jenis gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi. Gaya autokratik ini ialah seperti guru mengamalkan interaksi sehala. Dalam konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc. Pengetua hanya memberi arahan dan guru hanya mendengar dan menurut sahaja. Kepimpinan autokratik ini dapat ditunjuk melalui guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan cadangan, sikap pengetua yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. Hal ini akan menyebabkan hubungan dua hala antara pengetua dan pihak guru akan menjadi dingin dan menyebabkan motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan dan guru akan menjadi terlalu bergantung kepada pengetua. Ini juga akan melahirkan mereka yang sekadar patuh sahaja dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea.

 

Seterusnya ialah gaya demokratik. Gaya ini melibatkan berlakunya interaksi dua hala. Dalam situasi di sekolah pula, pengetua akan berbincang, menerima dan akan memberi pandangan dan sekiranya tidak mendapat kata putus, sesuatu perkara itu diputuskan melalui suara majoriti. Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan dan akan menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Ini juga menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea. Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berlangsung dengan tenang dan gembira dan guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang kerana menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra.

 

Di samping itu, gaya Laissez- Faire ini juga antara salah satu gaya kepimpinan. Gaya ini bertentangan dengan autokratik. Laissez-Faire ini bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Pemimpin juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti. Sebagai contoh, pengetua akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada guru dalam membuat keputusan dan pengetua tidak akan membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh guru dan staf sokongan. Pengetua juga tidak ada menentukan tugas dan tanggungjawab ahli serta tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru dan pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan ada kalanya guru akan bertindak sebagai ketua.

 

Akhir sekali ialah gaya kontigensi. Gaya ini berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah menyebabkan kepimpinan mengikut situasi iaitu tidak tetap. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur kuasa dan posisi kuasa.

 

KESIMPULAN

Kemimpinan merupakan salah satu sikap yang penting dalam sesebuah organisasi sama ada kecil atau besar. Melalui kepimpinan ini, kita dapat melihat bagaimana seseorang itu mentadbir atau mengetuai sesebuah organisasi dalam membentuk sesebuah organisasi yang cemerlang dan terbaik.

 

RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

(n.d.). EJOURNAL. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/31197/13335/72849

(n.d.). Laman Utama - Portal Rasmi Institut Aminuddin Baki. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/IAB-Jurnal%20Pengurusan%20Jilid%2030_Bil%202.pdf

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

 


Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Dalam topik ini kita akan mempelajari bagaimana seorang guru itu memastikan bahawa data pelajarnya disimpan di tempat yang betul dan sentiasa dikemaskini. Konsep - konsep kesediaan pelajar. Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar serta masalah perbezaan kesediaan belajar dan cara memotivasikan pelajar.

 

Dalam topik pengurusan murid, kita dapat melihat 3 aspek didalamnya iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. 

Pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu nadi yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu disakukan dalam buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kedua, pengurusan rekod ini dapat memudahkan murid-murid mempelajari apa yang diajar. Dalam hal ini guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Tugas ini menjadi kewajipan kepada semua guru tidak kira guru berpengalaman, guru cemerlang mahupun guru pakar. Hal ini kerana guru perlu bersedia lebih awal agar pencapaian kefahaman murid dapat mencapai tahap maksimum.

 

Selain itu, kesediaan murid belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar.

 

Di samping itu, memotivasikan murid. Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi,  keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan  psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

 

KESIMPULAN

Pengurusan murid sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti serta mampu berfikir dengan matang. Oleh itu, pengurursan murid ini amatlah penting dan perlu diberikan perhatian.


RUJUKAN:

(n.d.). DePaul University | DePaul University, Chicago. https://condor.depaul.edu/mdintzne/171-02*sample%20lab.pdf

Kajian pengurusan murid. (n.d.). PENGURUSAN PEMBELAJARAN --- KPS. https://toabrightereducation.blogspot.com/2018/11/kajian-pengurusan-murid.html

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

 

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Pengurusan bilik darjah adalah salah satu elemen penting yang harus diambil kira sebelum memulakan sesi pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memiliki 5 aspek penting yang harus difokuskan. Aspek pertama adalah aktiviti pengajaran berkumpulan dimana kaedah pengajaran ini memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat dan murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan yang sama kebolehan atau berbeza kebolehan.

 

Aspek yang kedua adalah aktiviti pengajaran individu dimana setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasaan, kebolehan, bakat, cita - cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini.

 

Aspek ketiga ialah pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran adalah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Fungsi pusat pembelajaran adalah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidal formal.

 

Aspek seterusnya adalah penyediaan bahan. Bahan pengajaran adalah merangkumi apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran. Kebiasaannya digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.

Aspek terakhir sekali adalah pengurusan sumber dimana ianya satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.

 

KESIMPULAN

Pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/31564/1/HasfarinaAbasMFP2012.pdf

(n.d.). Welcome to IIUM Repository (IRep) - IIUM Repository (IRep). https://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

(n.d.). Welcome to Repository@USM - USM Research and Publication. https://eprints.usm.my/49144/1/LiNuSR-%20JuPiDi%20-%20ANNILIZA%20%28APRIL%202021%29.pdf

 

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

 Konsep sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran adalah bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan.


Antara kepentingan sumber pembelajaran iaitu dapat meransang minat pelajar, menyediakan pengalaman sebenar, melibatkan pelajar belajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan dan lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Konsep pusat sumber sekolah adalah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan membolehkan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran.

 

Antara fungsi pusat sumber sekolah adalah sebagai pusat profesional. Contohnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan. Selain itu, sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti. Contohnya mengadakan satu pertandingan nilam dan sebagainya untuk para pelajar, Seterusnya, mengisi masa lapang. Contohnya para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran. Akhir sekali sebagai pusat kegiatan belajar dan mengajar. Contohnya para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran

 

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

 

RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

Sumber Maklumat Dan Pengurusan Sumber. (n.d.). Beranda. https://text-id.123dok.com/document/zpdjd4vz-sumber-maklumat-dan-pengurusan-sumber.html


TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 


Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Dalam tajuk ini kita mempelajari mengenai unsur unsur fizikal sesebuah bilik darjah pada masa dahulu dan sekarang. Perbezaan kedua - dua unsur fizikal. Seterusnya jenis - jenis interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.

 

Konsep bilik darjah dahulu adalah lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan memdengar ajaran guru sudah dianggap satu bilik darjah. Surau atau pondon tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Pada masa sekarang sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dianggap sebagai bilik darjah. Terdapat empat jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas (KBSM) dan bilik darjah terbuka. Penyusunan sesuatu keadaan dalam bilik darjah adalah amat penting dalam situasi pembelajaran kerana keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.

 

Bagi konsep interaksi dalam bilik drajah adalah proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang - kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Konsep bilik darjah ialah tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jenis interaksi bercorak lisan adalah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dengan murid, interkasi dua hala antara murid dengan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan yang terakhir sekali interaksi berkomputer.

Akhir sekali untuk iklim bilik darjah, suasana yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal dimana ia melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Ia menggalak atau menghalang P&P. guru berperanan menentukan suasana fizikal dan perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang serta penggunaan ABM, APD, kerusi, meja dan sebagainya. Suasana kedua adalah suasana sosial dimana guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri adalah teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Akhir sekali, suasana emosi dimana ianya lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial. Ianya adalah gabungan pelbagai perkara iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, sikap & ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan dan kepimpinan & kaedah mengajar

 

KESIMPULAN

Pendek kata, strategi pengurusan bilik darjah berkait rapat dengan tiga aspek penting, seperti elemen fizikal, interaksi dan suasana bilik darjah. Selain itu, peranan guru adalah penting untuk memastikan proses tersebut Pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan kandungan Pembelajaran yang ingin disampaikan.


RUJUKAN:

Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. (2019, November 18). Amyth. https://ilhamizulkfli.wixsite.com/website-2/post/strategi-pengurusan-bilik-pembelajaran

(n.d.). Welcome to IIUM Repository (IRep) - IIUM Repository (IRep). https://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

 

TOPIK 9: PENGURUSAN DISPLIN MURID

 Secara umumnya, displin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Ini juga merujuk kepada kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.


Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme. Bagi teori fungsionalisme ia menganggap devian sebagai kegagalan pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid yang tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. Manakala teori konflik menganggap devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas pelajar atau sekumpulan pelajar yang menentang dominasi pihak berkuasa. Teori interaksionisme pula, devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

 

Antara sebab berlakunya devian ialah guru gagal berperanan dalam bilik darjah, sikap guru yang tidak menghormati murid, ketidakadilan guru dalam penguatkuasaan peraturan, guru yang suka-suka atau bergurau serta menyalahkan sistem sekolah.

 

Jenis-jenis devian ialah devian inovasi. Devian ini mencapai matlamat yang diingini dengan cara yang salah. Misalnya pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Selain itu, devian ritual ialah tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan apabila menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai matamat ditetapkan. Misalnya pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

 

Seterusnya, devian undur apabila seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Misalnya pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali, devian menentang iaitu menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain yang dapat memenuhi kehendak mereka seperti melibatkan diri dengan gengsterism.

 

Dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturan Displin 1959, guru besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas displin sekolah dan mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Terdapat 5 peraturan penting dalam peraturan-peraturan pelajaran (displin sekolah) 1959 iaitu perwakilan kuasa oleh guru besar, kuasa guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah, rayuan, catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah dan syarat masuk balik sekolah.

 

KESIMPULAN

Pengurusan displin pelajar amatlah penting dalam membentuk para pelajar dari segi rohani, fizikal dan mental mereka. Guru displin di sekolah haruslah memainkan peranan dengan menjadi seorang yang tegas dalam mendidik mereka. Hal ini kerana kita cuba untuk mendidik mereka dan pelajar sekeliling bukannya kita menghukum kerana suka-suka. Seterusnya, setiap guru disiplin perlulah memastikan tindakan hukuman yang dikenakan itu mengikut peraturan menghukum yang telah berada di dalam surat pekeliling agar hukuman yang dikenakan berbaloi dengan kesalahan yang mereka lakukan.


RUJUKAN:

https://eprints.utm.my/id/eprint/41951/5/LamLeeMeinMFP2013.pdf

(n.d.). AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal. https://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/download/39/33/

Pengurusan disiplin murid Di sekolah kawasan bandar Dan luar bandar: Perspektif pemimpin sekolah. (n.d.). Institutions and Economies. https://ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8282

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Secara umumnya konsep bimbingan ialah konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Dalam topik ini kita akan melihat komponen pengurusan penasihatan murid iaitu bimbingan, mentoring dan penasihatan.

 

Dalam proses bimbingan dan penasihatan terdapat lima fasa, pertama ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Guru perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.

 

Fasa kedua ialah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Antara kemahiran-kemahiran yang terlibat adalah kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan kemahiran mendengar, kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal), kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.

 

Fasa ketiga ialah proses mengenali pelajar. Pelajar yang memerlukan bimbingan ini terbahagi kepada tiga. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

 

Fasa keempat ialah proses membimbing pelajar. Pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.

 

Fasa yang terakhir ialah analisis penilaian dimana fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan yang dilaksanakan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

 

Mentoring ialah proses membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000). Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan profesional.

 

Penasihatan menurut Zuraidah (1994) memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ciri-ciri penasihatan terbahagi kepada tiga iaitu berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan dan akhir sekali memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pendidik perlu bijak memainkan peranan dalam melaksanakan  tugas di sekolah dimana para pendidik perlu fleksibel menukar peranan daripada mengajar kepada membimbing dan menasihatkan kaunseling. Usaha ini penting untuk memastikan pelajar di sekolah terkawal, bebas daripada masalah spt stres dan kemurungan yang boleh mengundang hal tidak diingini.


RUJUKAN:

Pengurusan Penasihatan Murid. (2017, January 22). dokumen.tips. https://dokumen.tips/education/pengurusan-penasihatan-murid-58b8947d4c309.html

A. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/89003621/a

(n.d.). MyGuru | UPSI Learning Management System. https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 


Definisi pelbagai budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

 

Dalam topik ini teori sosial pelbagai budaya terbahagi kepada tiga iaitu melting pot 1: Anglo Conformity, Melting pot 2: Ethnic synthesis dan Cultural pluralism: Mosaic analogy.

Teori pertama, melting pot 1: Anglo Conformity menyatakan masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.

 

Teori kedua, melting pot II: Ethnic synthesis menyatakan setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

 

Teori ketiga, cultural pluralism (Mosaic analogy) menyatakan masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

 

Dimensi pendidikan pelbagai budaya yang pertama ialah content integration yang mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu. Selain itu, the knowledge construction process yang membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran. Seterusnya, an equity pedagogy iaitu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial. Prejudice reduction iaitu mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain. Akhir sekali, an empowering school Culture and Social Structure untuk melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, menerusi bab ini kita dapat mempelajari bahawa pendidikan dapat menyatukan golongan masyarakat yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza melalui peranan guru. Perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. Apabila setiap kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.


RUJUKAN:

(n.d.). O-JIE: Online Journal of Islamic Education. https://ojie.um.edu.my/article/download/5285/3079

Pengurusan Pelbagai Budaya. (n.d.). Pengurusan Pelbagai Budaya. https://nurhazirahhairiaan.blogspot.com/2018/11/

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Dalam konteks pengurusan murid pelbagai upaya, pemulihan adalah satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Tujuan pembelajaran pemulihan adalah untuk mengelakkan golongan pelbagai upaya ini merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.


Pengayaan adalah aktiviti melibatkan murid-murid berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas yang dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Ini bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

 

Pendidikan pintar cerdas adalah bagi pelajar yang menunjukkan bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain (Ross, 1993). Pendidikan autisme bagi pelajar yang mengalami kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Pendidikan disleksia bagi pelajar yang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Pendidikan disleksia ialah pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai dengan menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia.

 

Kecerdasan logik-matematik ialah bagi pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.

Kecerdasan verbal-linguistik bagi pelajar mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan serta mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam. 

Kecerdasan muzik bagi pelajar yang mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang selari dengan kecerdasan bahasa. 

Kecerdasan kinestetik badan bagi pelajar yang mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi serta bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal.

Kecerdasan Interpersonal ialah berkebolehan dalam komunikasi dan interaksi dengan baik. Berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain serta mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.

Kecerdasan Intrapersonal ialah mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Mampu menentukan hala tuju hidup serta sangat berdisiplin serta mampu berdikari serta suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. 

Kecerdasan Ruang Visual ialah memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat.

Kecerdasan Naturalis ialah berkebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka serta sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam. 

Kecerdasan Eksistensialis ini mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka serta cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilainilai moden yang berkembang pada masa kini.

 

KESIMPULAN

Secara umumnya, pelajar dari semua kebolehan memerlukan bimbingan pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik, dan peluang yang sesuai untuk mereka merealisasikan potensi mereka. Namun begitu, kanak-kanak pintar tidak boleh dipisahkan daripada kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh menyebabkan mereka terasing secara sosial. Guru tidak seharusnya memihak kepada perkhidmatan dan pengajaran pelajar di sekolah. Sikap ini akan menyebabkan segelintir pelajar berasa tersisih, malah tingkah laku ini juga akan mencemarkan imej profesion perguruan.


RUJUKAN:

Tajuk: Pengurusan Pelajar Pelbagai Upaya. (n.d.). Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/34922064/Tajuk_Pengurusan_Pelajar_Pelbagai_Upaya

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/195687005/Pengurusan-Murid-Pelbagai-Upaya-Kumpulan-H

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 


Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.

Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.

Yang terdapat kandungan ini pertama ialah peranan sekolah dalam masyarakat. Sekolah melibatkan proses sosialisasi kanak-kanak memahami tingkah laku sosial dan melakukan tingkah laku ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagai satu proses dalam melatih orang yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan dipertimbangkan ialah menyediakan kemahiran teknikal dan psikomotor. Kerja-kerja pendidikan sekolah yang dianjurkan dalam mengekalkan gaya hidup dan budaya ilmu dianggap wajar Norma sosial. Dengan terbinanya ibu bapa dan sekolah, peranan ibu bapa juga amat penting bina rangkaian dengan bantuan dana dan kepakaran. Membantu selesaikan masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah. Oleh itu, jemputan hadir ke sekolah amat digalakkan untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru dan pelajar.

 Kedua, kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga gur u dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Kemudahan sepert idewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama. Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah. Justeru, kemlatihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatansambal belajar pelajar.

KESIMPULAN:

Tuntasnya, sekolah dan persekitaran adalah dua elemen yang berkait rapat. Persekitaran sekolah yang positif dan selamat dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan memastikan kelancaran perjalanan pengajaran dan pembelajaran kursus. Kecemerlangan akademik pelajar bermula dengan keselesaan menuntut ilmu dan rasa selamat dari segi fizikal dan mental. Sehubungan itu, pihak sekolah juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat khususnya ibu bapa bagi mencapai matlamat dan objektif sekolah serta membina masyarakat berasaskan pengetahuan

 

RUJUKAN

Asyikin. (2018). Bab 13 Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-13-sekolah-dan-persekitaran

Ahmed, T. (2019). The Relationship between School and Society. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/TasneemKhokhar/the-relationship-between-school-and-society-schools-as-social-agents-and-social-critics

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  Secara umumnya, dapat kita ketahui bahawa sosiologi adalah sains sosial yang bertujuan untuk mengkaji hubungan sosial yang berlaku dalam p...